Wadi(lembah) Al-Aqiq ialah salah sebuah wadi yang masyhur di
Madinah,dinamakan al-aqiq kerana kawasan sekitarnya berwarna kemerahan seperti
aqiq(delima). Ia terhampar di kawasan sebelah barat madinah,sebahagiannya
termasuk dalam tanah haram madinah.
Sehingga ke hari ini, apabila musim hujan,wadi ini akan
dipenuhi air dengan banyaknya seolah-olah sebuah sungai atau tasik yang luas.
Pemandangan ini adalah sesuatu yang amat indah dan mengagumkan di sebuah negara
padang pasir pada waktu lainnya sentiasa panas dan kering. Subhanallah.
Wadi ini juga dikenali Wadi Al-Mubarak sempena hadis
Rasulullah SAW. Umar Al-Khattab RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW
bersabda di wadi al-aqiq:
Maksudnya: “Telah datang kepadaku semalam utusan daripada
Tuhanku,ia berkata “Solatlah di madi yang diberkati ini dan lakukanlah umrah
pada bulan haji”” – Sahih Bukhari
Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah SAW berada di miqat
Zulhulaifah dalam perjalanan ke Mekah menunaikan hajjah al-wada’. Wadi ini
mempunyai jarak yang panjang. Sebahagiannya terletak di tapak masjid miqat
sekarang dan aliran airnya telah dialihkan ke sebelah kiri masjid dengan dibina
benteng untuk keselematan, ini adalah untuk melaksanakan solat yang
diperintahkan “Solatlah di wadi yang
diberkati ini”. Wallahua’alam
Jom Like Page Facebook Kami Untuk Info Menarik
No comments:
Post a Comment