Friday, 11 March 2016

Badal Haji 2016



Dalam kehidupan seharian kita yang sibuk dengan kerja kehidupan dunia, kita seringkali lupa untuk berhenti sejenak dan mengenang kembali insan insan tersayang, apatah lagi mereka yang sudah pergi.
Antara tanggungjawab dan perhatian yang perlu kita berikan adalah tanggungjawab kita untuk menunaikan UPAH HAJI buat mereka yang telah tiada.
.
“Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!''
(Riwayat Bukhari)
.
Jelas upah haji adalah HARUS, malah WAJIB ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut.
Andainya si anak atau waris tidak mampu untuk melakukan haji kepada mereka maka bolehlah diberi UPAH kepada mereka yang boleh untuk menguruskannya.

No comments:

Post a Comment