Thursday, 31 March 2016

Telaga - Telaga yang Bersejarah


1- Telaga As-Suqya


Telaga ini terletak di tanah kepunyaan Saad bin Abi Waqqas as mempunyai air yang jerniah sehingga menjadi minuman Rasullulah saw. Telaga ini asalnya dipunyai oleh Malik bin Anas, bapa kepada Anas bin Malik. Tempat ini asalnya dikenali sebagai Falahan. 

Telaga ini telah terhapus. Di atasnya dijadikan jalanraya menuju ke Makkah. Lokasinya sekarang ialah kawasan yang berdekatan dengan Stesen Keretapi Anbariyah. 

2- Telaga Budha'ah

Nama Budha'ah telah disebutkan di dalam beberapa hadis sahih. Ibnu Syabbah meriwayatkan Sahal bin Saad berkata bahawa dia mengambil air dari telaga ini dengan tangannya untuk Rasullulah saw minum. 

Dia juga memberitahu dengan air telaga inilah Rasullulah saw telah mengeluarkan hukum bahawa air adalah sentiasa suci selagi ia tidak berubah disebabkan benda-benda asing. 

Rasullulah saw telah berwuduk di telaga ini dan Rasullulah saw juga telah berludah ke dalamnya. Telaga ini terletak di bahagian belakang Masjid Nabawi di kawasan yang terkenal sebagai Bab Asy-Syami. Kini telaga ini telah terhapus akibat pembangunan pesat Madinah. 

3- Telaga Ha.

Telaga ini adalah kepunyaan seorang Ansar Al-Khazraji. Rasullulah saw selalu meminum air dari telaga ini. Apabila turun ayat Al-Quran menggalakkan supaya orang-orang kaya memberikan nafkah atau sedekah harta mereka yang mereka sayang, beliau datang menghadap Rasullulah saw dan memberitahu bahawa telaga ini adalah di antara harta yang paling disayanginya dan ianya disedekahkan pada jalan Allah. Rasullulah saw menyarankan agar telaga tersebut diberikan kepada keluarganya yang terdekat. 

Kedudukannya terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi di sebelah utara kawasan Bab Al-Majidi, di sebelah timur Telaga Budha'ah. Ia juga telah terhapus dan kini termasuk dalam binaan masjid baru. 

4- Telaga Aris atau Khatam 

Aris ialah nama seorang Yahudi yang bererti 'peladang'. Mengikut sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Musa Al-Asy'ari as:"Pada suatu hari beliau berazam untuk mengikuti pergerakan baginda Rasullulah saw. Lantas beliau pergi mencari Baginda di Masjid Nabawi tetapi tidak menjumpainya disitu. Beliau terus mencarinya sehingga beliau mendapati Rasullulah saw berada di dalam sebuah kebun sedang duduk di pinggir telaga dengan kakinya terjuntai ke dalam telaga itu. Beliau pun memberi salam kepada Baginda dan kembali semula ke pintu telaga itu sambil berazam untuk menjadi pengawal kepada Baginda untuk hari itu. 

Tiba-tiba pintu telaga ditolak dari luar dan Abu Musa mendapati Saidina Abu Bakar As-Siddiq berada di pintu. Abu Musa pergi memberitahu Rasullulah saw tentang kedatangan Abu Bakar itu. Rasullulah saw menyuruh Abu Musa membenarkannya masuk dan mengkhabarkan berita gembira bahawa dia (Abu Bakar As-Siddiq) adalah ahli syurga. Abu Musa pun mempersilakan Abu Bakar As-Siddiq masuk. 

Kemudian, Abu Musa terus menunggu di pintu itu sambil mengharapkan agar ada saudaranya yang datang. Tiba-tiba pintu diketuk lagi. Saidina Umar bin Al-Khattab pula muncul di muka pintu. Beliau pun pergi memberitahu Rasullulah saw dan Baginda memberi arahan seperti sebelumnya. Umar bin Al-Khattab pun masuk dan duduk di sebelah kanan Rasullulah saw dengan kaki mereka terjulur ke dalam telaga itu. 

Abu Musa pun kembali semula ke pintu dengan perasaan tertunggu siapakah lagi orang yang bertuah pada hari itu. Pintu telaga diketuk lagi dan kali ini Saidina Uthman bin Affan pula yang muncul. Abu Musa pergi meminta keizinan Rasullulah saw dan Uthman juga dibenarkan masuk. Rasullulah saw juga menjaminkan syurga untuknya (saidina Uthman) dengan sebab musibah dan fitnah yang bakal menimpa dirinya. Apabila saidina Uthman mendengarnya beliau pun mengucapkan ...... Kemudian apabila Uthman ra hendak duduk di telaga itu, tempat di sebelah Rasullulah saw telah penuh lalu beliau pun duduk berhadapan dengan mereka bertiga.

Mengikut riwayat Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasullulah saw mempunyai sebentuk cincin yang kemudiannya diwarisi oleh saidina Abu Bakar As-Siddiq kemudiannya diwarisi pula oleh Umar Al-Khattab dan akhirnya oleh Saidina Uthman bin Affan. Pada suatu hari, dalam tahun ke enam (6) zaman pemerintahannya, Uthman bin Affan sedang duduk di pinggir telaga itu. Dengan tiba-tiba cincin yang dipakainya tertanggal daripada jarinya dan terjatuh ke dalam telaga itu. Saidina Uthman mencarinya selama tiga (3) hari tiga malam tetapi hampa. Sejak hari itu, telaga ini dikenali sebagai telaga Khatam (cincin). 

Saidina Uthman bin Affan pula terus teringat kata-kata Rasullulah saw. Benarlah sabda Baginda kerana semenjak hari itu bermulalah huru-hara dan fitnah ke atas beliau sehingga berakhir dengan syahidnya beliau ditangan seorang pembunuh

Hari ini telaga ini telah tiada lagi. Tapaknya sudah menjadi jalan raya iaitu disebelah barat Masjid Quba'. 

5- Telaga Al-Ghars

Ibnu Majah meriwayatkan daripada saidina Ali bin Abi Thalib bahawa Rasullulah saw bersabda:"Apabila aku mati (wafat) mandikan aku dengan tujuh (7) timba air dari Telaga Al-Ghars. 

Saidina Ali ra juga menyatakan bahawa Rasullulah saw selalu minum air dari telaga ini. Telaga ini juga telah tiada tapaknya. Dahulunya ia terletak di timur Masjid Quba' dan dikelilingi oleh pohon-pohon tamar. 


6- Telaga Ar-Rumah

Telaga yang dikenali sebagai Telaga Uthman ini asalnya dipunyai oleh seorang Yahudi yang menjual airnya kepada orang muslim. Sewaktu Rasullulah saw sampai di Madinah , tidak ada air yang sedap untuk diminum kecuali dari telaga ini. Memandangkan keadaan ini Rasullulah saw pun bersabda:"Sesiapa yang membeli telaga Ar-Rumah ini dan mewakafkan airnya kepada orang-orang miskin, dia akan diberikan pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga".

Menurut riwayat Ibnu Bar,saidina Uthman bin Affan telah menawarkan untuk membeli telaga itu, tetapi sebaliknya bersetuju untuk menjual separuh daripadanya sahaja dengan harga 12,000 dirham. Giliran untuk ambil air secara berselang hari juga turut dipersetujui. 

Maka pada hari giliran Saidina Uthman bin Affan semua orang islam datang mengambil air percuma itu untuk bekalan selama dua (2) hari supaya mereka tidak perlu membeli air daripada Yahudi itu pada esoknya. Melihat keadaan ini Yahudi itu menyedari bahawa perniagaannya sudah mulai merosot lalu menawarkan untuk menjual kesemua telaga itu kepada Saidina Uthman dengan tambahan sebanyak 8,000 dirham lagi, menjadikannya bernilai 20,000 dirham keseluruhannya. 

Telaga ini masih wujud hingga ke hari ini. Telaga ini terletak kira-kira 1 km dari Masjid Al-Qiblatain, iaitu di Jalan Abu Bakar As-Siddiq. Kini ia diletakkan dsi bawah jagaan Kementerian Air dan Pertanian Arab Saudi. 

Sumber : 
Rujukan Buku Madinah Kelebihan dan Sejarah 
Dr. Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Thursday, 24 March 2016

Wadi Al-Aqiq (Al-Mubarak)



Wadi(lembah) Al-Aqiq ialah salah sebuah wadi yang masyhur di Madinah,dinamakan al-aqiq kerana kawasan sekitarnya berwarna kemerahan seperti aqiq(delima). Ia terhampar di kawasan sebelah barat madinah,sebahagiannya termasuk dalam tanah haram madinah.

Sehingga ke hari ini, apabila musim hujan,wadi ini akan dipenuhi air dengan banyaknya seolah-olah sebuah sungai atau tasik yang luas. Pemandangan ini adalah sesuatu yang amat indah dan mengagumkan di sebuah negara padang pasir pada waktu lainnya sentiasa panas dan kering. Subhanallah.

Wadi ini juga dikenali Wadi Al-Mubarak sempena hadis Rasulullah SAW. Umar Al-Khattab RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda di wadi al-aqiq:

Maksudnya: “Telah datang kepadaku semalam utusan daripada Tuhanku,ia berkata “Solatlah di madi yang diberkati ini dan lakukanlah umrah pada bulan haji”” – Sahih Bukhari


Peristiwa ini berlaku sewaktu Rasulullah SAW berada di miqat Zulhulaifah dalam perjalanan ke Mekah menunaikan hajjah al-wada’. Wadi ini mempunyai jarak yang panjang. Sebahagiannya terletak di tapak masjid miqat sekarang dan aliran airnya telah dialihkan ke sebelah kiri masjid dengan dibina benteng untuk keselematan, ini adalah untuk melaksanakan solat yang diperintahkan “Solatlah di wadi yang diberkati ini”. Wallahua’alam

Jom Like Page Facebook Kami Untuk Info Menarik

Wednesday, 23 March 2016

Pengertian dan Sejarah Ibadah haji

Haji adalah mengunjungi Mekah untuk mengerjakan ibadah tawaf, sa’I, wukuf di arafah, dan ibadah-ibadah lain untuk memenuhi perintah Allah dan mengharap keridaan-Nya.

Haji merupakan rukun islam kelima dan kewajiban bagi seorang muslim yang telah mampu menunaikannya, satu kali seumur hidup. Nabi saw bersabda, “Kewajiban (menunaikan haji hanya sekali), apabila menambah itu sunnah” (HR Abu Daud, Ahmad, dan Hakim)

Haji adalah perjalanan menuju kepada Allah untuk memenuhi panggilan-Nya pada waktu yang telah ditentukan, yaitu satu tahun sekali. Saat itulah semua umat islam berkumpul, berdiskusi dan berinteraksi di kota suci.

Mereka disatukan oleh kalimat syahadat. Haji tidak hanya memiliki pesan spritual yang dapat mengukuhkan keimanan seseorang, tetapi juga memiliki pesan sosial, seperti media interaksi, dan memahami perbedaan. Allah swt berfirman,

“Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. dan Jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim [89] tempat shalat. dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".”(QS Al-Baqarah: 125)

Haji adalah mengunjungi Mekah untuk menunaikan ibadah tertentu dengan tata cara tertentu dan pada waktu yang telah ditentukan.

Al Quran dan Sunah Nabi dengan tegas memerintahkan kepada orang yang menjalankan haji untuk senantiasa ikhlas karena Allah semata dalam menjalakannya. Adapun indikator ikhlasnya

seseorang dapat dilakukan dengan cara memperbaiki niatnya.

Apabila ia belum mampu, hendaklah ia pasrahkan kepada Allah dengan berharap kepada-Nya agar diberi kemampuan untuk dapat berhaji, memohon keridhaan keluarganya, menjalin silaturahim dengan mereka, dan jangan lupa bertobat kepada Allah dengan memperbanyak membaca istigfar.

Sejarah Ibadah Haji



Ibadah haji mulai disyariatkan kepada umat islam pada tahun 6 Hijriah, bertetapan dengan turunnya QS Al-Baqarah:196, tetapi ada yang berpendapat bahwa ibadah haji mulai di syariatkan pada tahun 9 Hijriah, yaitu ketika para delegasi datang kepada Rasulullah dan turunlah ayat berikut,

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim [215] ; Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Yaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah [216] . Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”(QS Ali Imran: 97)

Semoga Bermanfaat…

Credit to: http://www.islamnyamuslim.com/2013/07/pengertian-dan-sejarah-ibadah-haji.html


Thursday, 17 March 2016

Pakej Upah Haji

Kepada mereka yang berhajat untuk melaksanakan ibadah upah haji buat ibubapa, kaum keluarga, pakcik makcik, sanak saudara atau sahabat handai yang sedang uzur atau telah kembali ke Rahmatullah, di sini kami menawarkan pakej pakej berikut mengikut kesesuaian anda:
.
heart emoticon PAKEJ EKONOMI - RM 1500.
- Upah haji dilakukan oleh penduduk Mekah
- Air Zam Zam, sejadah dan minyak wangi.
- Sijil (tulen dan disahkan)
.
.
💙 PAKEJ NILAM - RM 1900
- Upah Haji dilakukan penduduk Mekah
- Air Zam Zam, sejadah dan minyak wangi.
- Upah Umrah.
- Sijil (tulen dan disahkan)
.
.
💚 PAKEJ ZAMRUD - RM 2500
- Upah Haji dilakukan oleh pelajar Universiti Mekah / Madinah
- 5 Gift packs untuk anak waris berisi sejadah, minyak wangi premium, air zam - zam dan kurma Ajwa
- Upah Umrah
- Sijil (tulen dan disahkan)
.
=====================================
.
Jangan berlengah untuk beribadah. Selesaikanlah kewajipan ini segera dan berikan yang terbaik untuk Allah yang Esa.
Semoga Allah membukakan hati kita, memudahkan urusan dan menguatkan keazaman kita untuk melaksanakan ibadah ini buat orang tercinta yang sudah tiada.
.
HUBUNGI KAMI:
Mustati’in Resources
(No Pendaftaran Syarikat : SA 0366084-U)
  Wassap/call : 01111223385 @ 013-4585022
.
.
Untuk tempahan segera, sila tinggalkan nama,emel dan nombor telefon anda di ruangan contact form di sebelah kanan.

Friday, 11 March 2016

Mengapa kami?


UPAH HAJI 2016 / 1437 MUSTATI’IN RESOURCES DIBUKA SEKARANG!
.
Mustati’in Resources adalah syarikat muslim yang hanya menfokuskan perkhidmatan upah haji sebagai kepakaran kami. Kami di Mustati’in Resouces sentiasa membuat penambahbaikan dalam proses ibadah upah haji di kalangan masyarakat muslim di negara ini, sehingga kami berjaya muncul sebagai salah satu syarikat penyedia perkhidmatan Upah Haji yang paling dipercayai di Malaysia.
.
Mustati’in Resources menumpukan usaha kami dalam menyediakan perkhidmatan upah haji yang tulen dan disahkan. Semua pakej kami berdaftar dengan kerajaan Mekah di Arab Saudi. Kami juga menumpukan usaha untuk memberikan ilmu dan pendidikan tentang kewajipan upah haji, menyebarkan dakwah dan mendidik umat tentang keistimewaan Tanah Haram, Mekah dan Madinah, serta ibadah Haji dan Umrah.

TAWARAN KAMI:
.
👉 Pakej Upah haji yang tulen tanpa penyelewengan dan mendapat pengiktirafan Pihak Berkuasa Mekah dan Kerajaan Arab Saudi. Kami menentang keras akan sebarang penipuan dan sindiket upah haji.
👉 Pakej pakej upah haji yang pelbagai dan bersesuaian dengan kemampuan waris
👉 Konsultansi, motivasi atau nasihat tentang upah haji secara percuma melalui talian hotline kami.
👉 Servis yang cekap dan professional. Semua tempahan akan direkod, disertakan dengan invois bersama nombor siri, serta slip bayaran.
.
================================

Badal Haji 2016



Dalam kehidupan seharian kita yang sibuk dengan kerja kehidupan dunia, kita seringkali lupa untuk berhenti sejenak dan mengenang kembali insan insan tersayang, apatah lagi mereka yang sudah pergi.
Antara tanggungjawab dan perhatian yang perlu kita berikan adalah tanggungjawab kita untuk menunaikan UPAH HAJI buat mereka yang telah tiada.
.
“Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!''
(Riwayat Bukhari)
.
Jelas upah haji adalah HARUS, malah WAJIB ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut.
Andainya si anak atau waris tidak mampu untuk melakukan haji kepada mereka maka bolehlah diberi UPAH kepada mereka yang boleh untuk menguruskannya.