Monday, 4 April 2016
Masjid Al- Jumu'ah
Ia terletak di tengah-tengah kebun tamar di Wadi (lembah) Ranaunadi perkampungan bani Salim bin 'Auf. Jaraknya kira-kira 0.5 km dari utara Masjid Quba' dan 2.5km dari bandar Madinah.
setelah 4 hari berada di bandar Quba', Rasulullah SAW keluar dari Quba' pada hari jumaat menuju ke bandar Madinah dan ketika Baginda tiba di Wadi Ranauna iaitu berhampiran perkampungan Bani Salim bin 'Auf, waktu solat jumaat telah masuk. Baginda pun menunaikan solat jumaat di tengah-tengah wadi itu. Itulah Solat jumaat pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW selepas hijrah secara terang.
Walaupun fardu Jumaat telah diwajibkan di Makkah tetapi oleh kerana tiada kekuasaan dan kekuatan maka ia tidak dapat dilaksanakan. Sebuah masjid kemudiannya dibina di tempat tersebut dan dinamakan Masjid al-Jumu'ah bersempena dengan peristiwa tersebut.
Masjid ini terkenal juga dengan nama Masjid Al-Wasi dan Masjid 'Atikah. Sehingga sekarang masjid ini masih kekal dengan binaannya yang indah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment